ini untuk diklik~

Monday, March 7, 2011

Normal atau tidak? 


PMS! Sindrom yang dialami oleh semua perempuan berkaitan fizikal ataupun emosi. PMS (premenstrual syndrome) akan terjadi apabila kitaran haid seseorang itu berlaku. Simptom ini biasanya akan berlaku dua minggu sebelum haid dan akan tamat apabila haid bermula. Purata kitaran haid akan berlaku selama 28 hari. Tetapi tidak semua perempuan  mempunyai kitaran haid yang tepat. Tetapi anda tidak perlu bimbang akan hal tersebut. Perkara ini juga berlaku pada saya! Untuk kitaran haid yang normal adalah antara 28 hari hingga 35 hari. Apabila tiba hari yang ke 36 anda tidak didatangi haid seeloknya bertemulah doctor ;)

Di sini terdapat gambaran animasi yang lebih jelas bagaimana kitaran haid berlaku. Tujuan saya adalah semata2 untuk perkongsian ilmu. Bukan untuk mengaibkan kaum saya.




Okay! Seperti yang korang maklum perempuan akan berubah mood apabila akan tibanya haid mereka. Betul tak? Kalau korang seorang boyfriend yang concern korang mesti perasan punyaaa. Simptom emosi  yang biasa berlaku adalah seperti :
  • cepat marah
  • tekanan
  • sering bimbang
  • mood swings
  • mudah terasa atau sensatif
simptom dari segi fizikal yang ketara dan sering berlaku adalah seperti :
  • kembung perut
  • payudara membengkak atau sensitif
  • mengalami kekejangan pada tubuh
  • masalah tidur (insomnia)
  • JERAWAT (oouchh! saya percaya yang ini igauan. Selalu tumbuh pada dahi, hidung dan pipi)


 Saya tidak pasti simptom ini terjadi disebabkan apa. Kemungkinan besar adalah dari segi pemakanan yang kita ambil. Kerana setiap makanan yang kita ambil akan memberi kesan terhadap badan. Faktor persekitaran juga turut menyumbang kepada permasalahan senggugut ini. Apa yang berlaku disekeliling kita mampu untuk mengubah emosi seseorang. Perempuan yang mengalami simptom inii lebih suka menyendiri kerana emosi yang tidak stabil. Hah? Ini penting! Pengambilan kafein yang tinggi juga ada kena mengena? Ya. Benar. Kafein adalah perangsang atau agen yang meningkatkan pembuangan air kecil. Kalau diikutkan logik perempuan akan berasa malas untuk membuang air kecil sewaktu period. Macam lecehkan? Betul tak?


   Cara untuk mengatasi masalah senggugut menurut saya adalah dengan cara menuam air suam di bahagian perut. Cara ini ternyata berkesan. Lagi satu perkara yang sering saya lakukan adalah berjalan sebanyak mungkin. Kerana apabila dengan melangkah kita dapat mengurangkan ketengangan otot. Tapi ada juga segelintir perempuan yang mengalami sakit belakang terutama di bahagian pinggang. Untuk hilangkan kesakitan anda perlulah baring melentang selama beberapa minit.




put warm water at your stomach


by walking you can release your pain

Okay! Last but not least, pada saya lelaki haruslah memahami situasi ini. Kepada lelaki yang memahami TERIMA KASIH! Anda berjaya menawan hati perempuan. Jangan hanya tahu menuding jari dan menyalahkan. Perkara seperti ini adalah simple dan normal. So, perempuan akan rasa lebih dihargai.





LOTS OF LOVE
              SHRA:)


1 comment:

  1. ahaha dh mcm mak bidan je
    untunglah gf dpt bf cam hang ni ahah

    ReplyDelete