ini untuk diklik~

Thursday, March 10, 2011

MRT DI MALAYSIA

Tahukah anda semua apa itu MRT? ok. Sekarang saya akan terangkan apa itu MRT. MRT bermaksud MASS RAILWAYS TRANSIT iaitu sistem kereta api yang membawa jumlah penumpang yang ramai. MRT adalah sangat berbeza dengan sistem kereta api yang sedia ada di Malaysia seperti Putra LRT, Star LRT, KTM, Monorail, dan KLIA Express. MRT mempunyai gerabak yang panjang dan boleh membawa jumlah penumpang yang ramai berbanding dengan sistem kereta api yang sedia ada di Malaysia sekarang.

MRT sebenarnya telah digunapakai di beberapa negara seperti USA, Hong Kong, Singapura dan lain-lain. Fungsi MRT adalah sama seperti LRT yang ada di Malaysia tetapi yang membezakannya ialah jumlah muatan yang boleh dibawa dan panjang gerabak.

Projek pembinaan MRT di Lembah Kelang ini akan dimulakan pada bulan Julai tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 4 tahun akan datang. MRT ini mempunyai 35 STESEN yang menghubungkan dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Landasan MRT ini dibina sepangjang 51 KM. Sangat panjang ya untuk dibandingkan dengan sistem kereta api yang sedia ada. MRT ini juga bakal digunakan untuk 1.2 JUTA penduduk di sekitar Lembah Kelang.


Sistem MRT ini sangat sesuai dibina sekarang kerana sistem kereta api sedia ada di Malaysia adalah mendukacitakan. Tengok la macam mana pengguna KTM yg terpaksa beratur berjam2 untuk menaiki KTM tersebut. MRT ini juga dapat memudahkan pengguna di sekitar stesen ini untuk ke Kuala Lumpur tanpa perlu menukar LRT yang lain. Jika sebelum ini pengguna KTM terpaksa menukar transit Monorail untuk ke Sungei Wang tetapi dengan adanya MRT, pengguna tidak perlu bersusah payah untuk menukar transit. Senang bukan. Nak shopping di KL tidak perlu lagi bersusah payah menukar transit kereta api. Ok la, harapan saya semoga sistem pengangkutan awam di Malaysia terus ditingkatkan bagi memudahkan rakyat. Jangan la MRT ini dibina di Lembah Kelang saja selepas ini kerana banyak lagi kawasan yang memerlukan sistem kereta api ni bagi memudahkan perjalanan.

Pengguna Awam,
Shahdan        

No comments:

Post a Comment