ini untuk diklik~

Sunday, March 13, 2011


Stay pray :’(
Ada waktunya Allah menurunkan malapetaka kecil sebagai amaran agar manusia segera berhenti berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahanNya. Tetapi apabila tibanya bala yang lebih besar ia bukan lagi sebagai ingatan dan amaran. Sebaliknya bencana yang sengaja diturunkan Allah untuk memberi pembalasan terhadap kerakusan dan keegoan manusia. Nauzubillah. Kejadian yang menggemparkan seluruh dunia. Negara matahari terbit telah  menjadi sasaran tsunami dan gempa bumi yang dikatakan paling buruk dalam tempoh 140 tahun. 





























Allah berfirman : ”.. dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Firman Allah lagi yang bermaksud : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)..” (Surah Arr-Ruum, ayat 41)


Sesungguhnya segala bala bencana yang terjadi ini ada hikmah yang tersembunyi. Sama-samalah kita jadikan peristiwa dan kejadian ini sebagai iktibar dan pedoman. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Marilah kita menggunakan kewarasan akal untuk kembali ke jalan yang hak lagi syumul. 




LOTS OF LOVE
SHRA :)








No comments:

Post a Comment