ini untuk diklik~

Monday, February 28, 2011

Heels vs Wedges vs Flats?

Sinonim dengan perempuan. Obsesi. Lebih berkeyakinan. Terasa anggun dan feminin. Kasut? Percaya atau tidak secara puratanya setiap perempuan mempunyai sekurang2nya 3 pasang kasut dalam koleksi mereka. Kepada lelaki sila rujuk korang punya cewek untuk kepastian! Ini kerana kerana kasut perempuan mempunyai banyak design dan corak yg pelbagai. Bukan isu itu yg ingin dibincangkan sekarang. Isunya adalah pandangan dari sudut kesihatan Wedges vs Heels vs Flats. Ini adalah gambaran wedges, heels dan flats bg lelaki yg tidak tahu rupa bentuknya.


Heels
Wedges


Flats shoes


    Dari kajian saintifik mengatakan memakai heels yg kerap mempunyai kesan buruk dalam jangka masa panjang. Kesannya seperti sakit tulang belakang, sakit lutut dan sakit tumit. Ini adalah disebabkan tekanan hanya diberikan pada kaki hadapan saja. Tidak pada keseluruhan tapak kaki. Postur badan juga boleh berubah kerana tidak selari antara lutut dan tulang belakang.

    Konsep ini adalah sama seperti yg kita pelajari dalam subjek fizik di sekolah dulu. Formula seperti pressure = weight / area. Hipotesis yg sesuai digunakan ialah semakin kurang keluasan tapak kasut semakin tinggi tekanan yg dikenakan. Tetapi terdapat juga alternatif lain untuk kelihatan lebih confident dalam masa yang sama ia juga dapat mengurangkan risiko kepada kesihatan. Alternatifnya wedges! Bezanya cuma tekanan yg dikenakan adalah lebih rendah berbanding heels. Malahan ia lebih comfortable dan tidak mudah ‘terpeleot’.

    Ini yg paling saya suka. Flats shoes! Kasut seperti ini tidak akan membuatkan anda berasa penat dan jauh lebih selesa. Kerana tiada tekanan yg dikenakan pada kaki anda. Juga amat baik untuk kesihatan. So, selepas ini perlulah memilih kasut yang lebih sesuai dalam apa jua situasi. Sebelum merana baik you all prevent from all this things happened. Btw,  Im sure you guys pernah dengar ayat ini. Prevent is better than cure. So, think wisely before you do something.

LOTS OF LOV
SHRA :)

Thursday, February 24, 2011

Malaysia Vs Pakistan, 23.2.2011


Ok! sekarang giliran Shahdan pulak nak post. Sebelum ni asyik posting pasal perempuan je, sekarang tibalah masa untuk posting pasal lelaki punya hal pula. Tapi perempuan pun boleh layan gak. Hehe. Ok, ayuh kita mulakannya.


Pada 23.2.2011 bersamaan hari Rabu, saya dan kawan-kawan 1 course saya telah pergi menyaksikan perlawanan bola sepak di antara skuad Harimau Malaya yang dibarisi pemain Harimau Muda yang rata-rata pemain berusia bawah 23 tahun menentang Pakistan U23. Perlawanan ini diadakan di Stadium Shah Alam.
Stadium Shah Alam


Saya bergerak menuju ke stadium dalam jam 7.30 malam dan tibanya di sana saya terus merembat 3 keping tiket yang berharga RM20 sekeping. RM20 ye!! Agak mahal untuk perlawanan yang kecil ini.


Tiket yang berjaya dirembat.
                                                              
Masuk je stadium, saya terus menuju ke Gate 15 iaitu tempat di mana Ultras Malaya berhimpun. Ultras Malaya merupakan kumpulan penyokong fanatik skuad Harimau. Saya dipelawa untuk join mereka. Wah! diorang sangat la mesra. Sporting habis! Saya sempat merakam gelagat Ultras Malaya ini. Mereka berjoget dan menyanyi tanpa henti selama 90 minit. Kami juga tidak dibenarkan duduk dalam tempoh itu. Bayangkan saya terpaksa berdiri untuk 90 minit. Lenguh kaki aku ni, Haha. tapi itu tidak menjadi masalah sebab fanatik punya pasal.






Bersama ini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa perlawanan berlangsung. 


Suasana stadium sebelum perlawanan bermula.

Gate 15: Ultras Malaya
                                                                
From left: Dome, Ogy, Ojan, Ijan and Aan.
                                                   
Kami di bawah giant Malaysia yellow jersey.
                                                  
Flare dipasang dan kawasan dipenuhi dengan asap. Dan baunya sangat harum semerbak.
        
Under the giant Malaysia flag. 

Me. 
                                                                 
Kawan-kawan. Ada yang layan makan kuaci.
                                             
Tamat perlawanan. 2-0 
                                                
With Pakistan fan. No fighting ya. It just a game.

Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya dengan jaringan 2 gol. Perlawanan yang agak terbaik pada babak pertama dan agak bosan pada babak kedua kerana tiada gol dihasilkan pada babak kedua. Saya tidak fokus pada perlawanan kerana sibuk untuk berjoget dan bernyanyi. Hehe. Apa-apa pun, congrate to Harimau Malaya. Aauummm!!!


                                                                       The Tiger Fan,                                                                                                                              
                                                                              Shahdan.

Wednesday, February 23, 2011

Katakan yes pada slim 

Biasanya semakin meningkat usia kita semakin mudah badan kita naik kerana kadar metabolisme kita yang semakin rendah. Tetapi terdapat kajian yg mengatakan ada beberapa faktor yg mampu menghalang peningkatan berat badan kita. Untuk praktikkan perkara tersebut  pada peringkat awalnya agak sukar. Tapi lama-lama petik jari saja! Saya juga sudah mencuba dan ternyata ianya berkesan :))

  • WAJIB sarapan. Kita perlu mengambil sarapan ibarat kita seorang raja, makan tengahari seperti puteri dan makan malam ibarat hamba. Seeloknya ambil sarapan yg berat yg mampu kenyang dlm jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan seperti nasi lemak setiap hari. hehe :)


  • KURANGKAN makanan segera. Pengambilan seperti burger, kentang, pizza dan mi segera tidak elok jika diambil dengan kerap kerana ia mendedahkan anda kepada pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung malahan kanser usus besar. Actually, many more of diseases can make us suffer. But I think this is quite enough to realise us from eat that kind of foods. Memadai hanya sebulan sekali okay?! 


  • TIMBANG berat badan. Cubalah menimbang berat badan anda setiap hari. Dengan cara ini membolehkan anda untuk mengawal pengambilan makanan harian secara total. So, each house is compulsory to have weight scale to avoid your weight increase! :)


  • ELAKKAN minuman manis. Anda disarankan untuk mengambil air masak sekurang2nya 8 gelas sehari. Ini adalah kelemahan saya. : * selalu gagal cubaan ini. Saya juga ada membaca artikal bahawa air masak sgt berperanan membantu menghilangkan lemak. Especially warm water! Try it.


  • MAKAN DEPAN TV dihindarkan. Perkara seperti ini kita sebagai manusia sering terlepas pandang. Nampak remeh tapi memberi impak yg besar pada diri kita tau. Kerana apa kita tidak digalakkan makan di depan tv adalah disebabkan kita akan menjadi terlampau asyik mengunyah makanan tanpa berhenti. Erm. Tapi kalau macam gambar budak kat bawah ni terlampau melampau sgt. Please avoid & prevent before u guys be exactly like him! arghhh. NO! 


Cara-cara diatas ini tidak memerlukan anda untuk mengikat perut anda dengan cara yang tidak sihat kerana perut tidak berdosa. Dengan cara ini ternyata lebih mudah dan praktikal untuk dicuba sebagai panduan anda untuk kekal slim!  




       
                                                                    LOTS OF LOV
                                                                                  SHRA:)


Tuesday, February 22, 2011

Legend water chalet is RAINBOW :))

Legend Water Chalet yang terletak di Port Dickson adalah sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang yang membuatkan semua pengunjung terpaku dan WOW! speechless babe :) seriusss. Kerana dekorasi & suasana yang tersangat best okay? Disebabkan apa yang saya katakan sgt okay adalah kerana saya dan teman2 telah berkunjung ke sana selama 2 hari 1 malam. yeayyy! Tapi rasa sekejap sgt. Tak puas. Dekorasi chalet yg SUPERB dengan harga yg sgt berpatutan! Istimewanya chalet yg kami sewa ini membolehkan kita melihat laut dari lantai saja. SOLID GLASS FLOOR.* Teruja*. Thumbs up!


checked in time


view from our balcony


charm, elegance & comfort for us



solid transparent glasses floor :))


opsss! king & queen size


my real BFF :) 


shahdan & me


we're happy

Disini juga ada menyediakan aktiviti seperti menangkap ketam dan memancing. Jadi secara keseluruhannya sesiapa yg berkunjung ke Legend Water Chalet ini amatlah berpuas hati dan tidak akan berasa rugi sama sekali kerana hotel ini amat unik dan sesuai utk seisi keluarga. Malahan juga ia amat sesuai untuk pasangan yg ingin berbulan madu. Disinilah tempatnya okay! Saya berani memberi jaminan kepada anda semua. Ya! Inilah tempatnya. Untuk mendapatkan harga yg berpatutan sila klik sini . Walaupun kami tidak booked terus melalui Legend Water Chalet tetapi layanannya tetap TIPTOP dan CLASS! SELAMAT BERCUTI :)


LOTS OF LOVE
shra :)