ini untuk diklik~

Monday, February 28, 2011

Heels vs Wedges vs Flats?

Sinonim dengan perempuan. Obsesi. Lebih berkeyakinan. Terasa anggun dan feminin. Kasut? Percaya atau tidak secara puratanya setiap perempuan mempunyai sekurang2nya 3 pasang kasut dalam koleksi mereka. Kepada lelaki sila rujuk korang punya cewek untuk kepastian! Ini kerana kerana kasut perempuan mempunyai banyak design dan corak yg pelbagai. Bukan isu itu yg ingin dibincangkan sekarang. Isunya adalah pandangan dari sudut kesihatan Wedges vs Heels vs Flats. Ini adalah gambaran wedges, heels dan flats bg lelaki yg tidak tahu rupa bentuknya.


Heels
Wedges


Flats shoes


    Dari kajian saintifik mengatakan memakai heels yg kerap mempunyai kesan buruk dalam jangka masa panjang. Kesannya seperti sakit tulang belakang, sakit lutut dan sakit tumit. Ini adalah disebabkan tekanan hanya diberikan pada kaki hadapan saja. Tidak pada keseluruhan tapak kaki. Postur badan juga boleh berubah kerana tidak selari antara lutut dan tulang belakang.

    Konsep ini adalah sama seperti yg kita pelajari dalam subjek fizik di sekolah dulu. Formula seperti pressure = weight / area. Hipotesis yg sesuai digunakan ialah semakin kurang keluasan tapak kasut semakin tinggi tekanan yg dikenakan. Tetapi terdapat juga alternatif lain untuk kelihatan lebih confident dalam masa yang sama ia juga dapat mengurangkan risiko kepada kesihatan. Alternatifnya wedges! Bezanya cuma tekanan yg dikenakan adalah lebih rendah berbanding heels. Malahan ia lebih comfortable dan tidak mudah ‘terpeleot’.

    Ini yg paling saya suka. Flats shoes! Kasut seperti ini tidak akan membuatkan anda berasa penat dan jauh lebih selesa. Kerana tiada tekanan yg dikenakan pada kaki anda. Juga amat baik untuk kesihatan. So, selepas ini perlulah memilih kasut yang lebih sesuai dalam apa jua situasi. Sebelum merana baik you all prevent from all this things happened. Btw,  Im sure you guys pernah dengar ayat ini. Prevent is better than cure. So, think wisely before you do something.

LOTS OF LOV
SHRA :)

2 comments: