ini untuk diklik~

Friday, March 18, 2011

Kapak Berbulu

Mamalia ini tak dapat disangkal lagi kecomelannya. Ia  mempunyai beberapa jenis baka. Saya pun tak berapa nak expert sangat pasal baka ini. Tapi antara yang saya tahu adalah angora, doe, dropped ear, lionhead dan teddy bear. Penjagaan arnab sebenarnya lebih mudah berbanding kucing. Tapi arnab tidaklah semanja kucing. Sebab arnab kelihatan lebih pasif. Tapi apa-apa pun arnab comel. Comel lagi. Comel lah. Saya malas nak cakap banyak. Jom kita tengok gambar arnab-anab ni. Boleh hilang stress korang kalau tengok gambar comel. Kecomelan kau yang tiada bandingan.


mata pakai lens ke cik rabbit oi?



siap bela janggut lagi. korang ada?

dropped ear ala-ala anjing comel. kan?



kalau tak silap ini English Angora

kaki kau yang comel. Sumpah geram wahai anak kambing!

CAPITAL 'Y' for your nose. Yesss!

nganga pun kau comel kan? dah macam kangaroo




berat sangat telinga cik rabbit eh? kesian :D

Wahai arnab-arnab, korang buatlah apa jenis aksi pun korang tetap comel. Comel yang boleh buat orang macam saya pengsan. Teruskan aksi comel korang. Sebab rasa tak jemu pun. Hidup Rabbit! :)




LOTS OF LOVE
SHRA :)



Sunday, March 13, 2011


Stay pray :’(
Ada waktunya Allah menurunkan malapetaka kecil sebagai amaran agar manusia segera berhenti berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahanNya. Tetapi apabila tibanya bala yang lebih besar ia bukan lagi sebagai ingatan dan amaran. Sebaliknya bencana yang sengaja diturunkan Allah untuk memberi pembalasan terhadap kerakusan dan keegoan manusia. Nauzubillah. Kejadian yang menggemparkan seluruh dunia. Negara matahari terbit telah  menjadi sasaran tsunami dan gempa bumi yang dikatakan paling buruk dalam tempoh 140 tahun. 





























Allah berfirman : ”.. dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Firman Allah lagi yang bermaksud : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)..” (Surah Arr-Ruum, ayat 41)


Sesungguhnya segala bala bencana yang terjadi ini ada hikmah yang tersembunyi. Sama-samalah kita jadikan peristiwa dan kejadian ini sebagai iktibar dan pedoman. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Marilah kita menggunakan kewarasan akal untuk kembali ke jalan yang hak lagi syumul. 




LOTS OF LOVE
SHRA :)

Thursday, March 10, 2011

MRT DI MALAYSIA

Tahukah anda semua apa itu MRT? ok. Sekarang saya akan terangkan apa itu MRT. MRT bermaksud MASS RAILWAYS TRANSIT iaitu sistem kereta api yang membawa jumlah penumpang yang ramai. MRT adalah sangat berbeza dengan sistem kereta api yang sedia ada di Malaysia seperti Putra LRT, Star LRT, KTM, Monorail, dan KLIA Express. MRT mempunyai gerabak yang panjang dan boleh membawa jumlah penumpang yang ramai berbanding dengan sistem kereta api yang sedia ada di Malaysia sekarang.

MRT sebenarnya telah digunapakai di beberapa negara seperti USA, Hong Kong, Singapura dan lain-lain. Fungsi MRT adalah sama seperti LRT yang ada di Malaysia tetapi yang membezakannya ialah jumlah muatan yang boleh dibawa dan panjang gerabak.

Projek pembinaan MRT di Lembah Kelang ini akan dimulakan pada bulan Julai tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 4 tahun akan datang. MRT ini mempunyai 35 STESEN yang menghubungkan dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Landasan MRT ini dibina sepangjang 51 KM. Sangat panjang ya untuk dibandingkan dengan sistem kereta api yang sedia ada. MRT ini juga bakal digunakan untuk 1.2 JUTA penduduk di sekitar Lembah Kelang.


Sistem MRT ini sangat sesuai dibina sekarang kerana sistem kereta api sedia ada di Malaysia adalah mendukacitakan. Tengok la macam mana pengguna KTM yg terpaksa beratur berjam2 untuk menaiki KTM tersebut. MRT ini juga dapat memudahkan pengguna di sekitar stesen ini untuk ke Kuala Lumpur tanpa perlu menukar LRT yang lain. Jika sebelum ini pengguna KTM terpaksa menukar transit Monorail untuk ke Sungei Wang tetapi dengan adanya MRT, pengguna tidak perlu bersusah payah untuk menukar transit. Senang bukan. Nak shopping di KL tidak perlu lagi bersusah payah menukar transit kereta api. Ok la, harapan saya semoga sistem pengangkutan awam di Malaysia terus ditingkatkan bagi memudahkan rakyat. Jangan la MRT ini dibina di Lembah Kelang saja selepas ini kerana banyak lagi kawasan yang memerlukan sistem kereta api ni bagi memudahkan perjalanan.

Pengguna Awam,
Shahdan        

Wednesday, March 9, 2011


SUPERWOMEN
Semalam seluruh dunia telah menyambut HARI WANITA seluruh dunia yang ke-100! Perempuan2 sekarang dah tak macam perempuan zaman dulu. Perempuan sekarang more independent.  Berdikari.  Bekerjaya. Tahun 2013 dianggarkan 55% wanita yang akan bekerja. Wahhh! Terbukti wanita kini lebih berdikari. Betul tak? Tak mengharapkan lelaki semata-mata. Perempuan zaman sekarang ada pangkat. Ada nama. Ada harta. Ada kedudukan. Sama hebat dengan lelaki. Apa yang lelaki lakukan kini pun perempuan boleh buat. Tapi yang perempuan tak boleh jadi adalah imam. Lelaki tetap menjadi ketua. Ketua keluarga. So, hargailah wanita kerana lelaki dan perempuan ini adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Ini adalah fakta yang benar. Tiada istilah no men no cry, no women no cry. They need each other.



Sempena hari yang bermakna untuk perempuan ini saya mahu anda semua dengarkan lagu ini. Very lovely and touched song. Special dedicated for women. ‘Permata Untuk Isteri’ by Kopratasa.




p/s ; Don’t cry for a guy, let a guy cry for you. Because  girls give and forgive, but guys get and forget. So, if you guys don’t want all this entire happened you need to give and take with your partner. Pampered your partner like a baby. Treat him or her like a prince or princess. Believe me. Seriously, your partner will be happy if you treat him or her like that. Heaven! GO SUPERWOMEN!
LOTS OF LOVE
SHRA :)




Monday, March 7, 2011

Normal atau tidak? 


PMS! Sindrom yang dialami oleh semua perempuan berkaitan fizikal ataupun emosi. PMS (premenstrual syndrome) akan terjadi apabila kitaran haid seseorang itu berlaku. Simptom ini biasanya akan berlaku dua minggu sebelum haid dan akan tamat apabila haid bermula. Purata kitaran haid akan berlaku selama 28 hari. Tetapi tidak semua perempuan  mempunyai kitaran haid yang tepat. Tetapi anda tidak perlu bimbang akan hal tersebut. Perkara ini juga berlaku pada saya! Untuk kitaran haid yang normal adalah antara 28 hari hingga 35 hari. Apabila tiba hari yang ke 36 anda tidak didatangi haid seeloknya bertemulah doctor ;)

Di sini terdapat gambaran animasi yang lebih jelas bagaimana kitaran haid berlaku. Tujuan saya adalah semata2 untuk perkongsian ilmu. Bukan untuk mengaibkan kaum saya.




Okay! Seperti yang korang maklum perempuan akan berubah mood apabila akan tibanya haid mereka. Betul tak? Kalau korang seorang boyfriend yang concern korang mesti perasan punyaaa. Simptom emosi  yang biasa berlaku adalah seperti :
  • cepat marah
  • tekanan
  • sering bimbang
  • mood swings
  • mudah terasa atau sensatif
simptom dari segi fizikal yang ketara dan sering berlaku adalah seperti :
  • kembung perut
  • payudara membengkak atau sensitif
  • mengalami kekejangan pada tubuh
  • masalah tidur (insomnia)
  • JERAWAT (oouchh! saya percaya yang ini igauan. Selalu tumbuh pada dahi, hidung dan pipi)


 Saya tidak pasti simptom ini terjadi disebabkan apa. Kemungkinan besar adalah dari segi pemakanan yang kita ambil. Kerana setiap makanan yang kita ambil akan memberi kesan terhadap badan. Faktor persekitaran juga turut menyumbang kepada permasalahan senggugut ini. Apa yang berlaku disekeliling kita mampu untuk mengubah emosi seseorang. Perempuan yang mengalami simptom inii lebih suka menyendiri kerana emosi yang tidak stabil. Hah? Ini penting! Pengambilan kafein yang tinggi juga ada kena mengena? Ya. Benar. Kafein adalah perangsang atau agen yang meningkatkan pembuangan air kecil. Kalau diikutkan logik perempuan akan berasa malas untuk membuang air kecil sewaktu period. Macam lecehkan? Betul tak?


   Cara untuk mengatasi masalah senggugut menurut saya adalah dengan cara menuam air suam di bahagian perut. Cara ini ternyata berkesan. Lagi satu perkara yang sering saya lakukan adalah berjalan sebanyak mungkin. Kerana apabila dengan melangkah kita dapat mengurangkan ketengangan otot. Tapi ada juga segelintir perempuan yang mengalami sakit belakang terutama di bahagian pinggang. Untuk hilangkan kesakitan anda perlulah baring melentang selama beberapa minit.




put warm water at your stomach


by walking you can release your pain

Okay! Last but not least, pada saya lelaki haruslah memahami situasi ini. Kepada lelaki yang memahami TERIMA KASIH! Anda berjaya menawan hati perempuan. Jangan hanya tahu menuding jari dan menyalahkan. Perkara seperti ini adalah simple dan normal. So, perempuan akan rasa lebih dihargai.





LOTS OF LOVE
              SHRA:)